Wednesday 8 January 2014

#PERLIS MUTAKHIR: 6 TAN BENIH KERANG BERNILAI RM382,000 DIRAMPAS UPP PERLIS

6 TAN BENIH KERANG BERNILAI RM382,000 DIRAMPAS UPP PERLIS 

Hampir 6 tan benih kerang bernilai kira-kira RM382,000 dirampas Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis sebelum sempat diseludup ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, semalam.

Sebuah lori yang membawa 191 guni berisi benih kerang itu ditahan kira-kira jam 2.45 petang ketika kenderaan itu memasuki Plaza Tol Alor Setar (Utara) untuk berhenti makan tengah hari. 

Pemangku Komander UPP Perlis, Asisten Superintenden Bahari Ahmad, berkata pihaknya membuat intipan dan mengekori lori berkenaan dari Kedah selepas menerima maklumat daripada orang awam. 

"Dalam siasatan awal, tiga lelaki iaitu pemandu dan dua kelindan lori itu yang berasal dari Perak dan mengakui diri mereka adik-beradik berkata mereka cuma mengambil upah RM600 untuk menghantar benih kerang berkenaan ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

*sumber: BH online

No comments:

Post a Comment